Kos haji visa furada bermula RM60,000 hingga RM200,000

Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kos bagi menunaikan ibadah haji di bawah kelolaan syarikat swasta bagi tahun ini dianggarkan bermula RM60,000, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Menurutnya, harga ditawarkan bergantung kepada pakej yang disediakan kepada jemaah serta harga visa yang dikenakan.

“Anggaran yang biasanya ditawarkan kepada jemaah haji adalah RM60,000 hingga RM80,000 dan ada yang mencecah RM200,000, ia termasuk penginapan, Masyair, makanan, visa serta pengurusan.


Razali
Razali

“Bagi mereka yang memilih untuk mengerjakan haji dengan pakej daripada pihak swasta, mereka perlu membayar sendiri kos visa itu. Tidak sama seperti bakal haji di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH),” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Razali menjelaskan, individu yang memilih untuk mengerjakan haji dengan syarikat swasta adalah kerana mereka tidak mendapat kuota daripada pihak Tabung Haji (TH).

“Kadang-kadang mereka tidak dapat kuota bersama jemaah haji yang lain tetapi mereka ada duit dan sanggup bayar walaupun mahal.

“Mungkin mereka merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk ke sana. Apa pun, semua harga pakej yang ditawarkan itu boleh dipilih mengikut kemampuan dan kehendak mereka sendiri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!