Tottenham pinjamkan Perisic ke Hadjuk Split

Perisic (kiri) bersaing dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah semasa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, Liverpool pada 30 April lalu. Foto AFP
Perisic (kiri) bersaing dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah semasa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, Liverpool pada 30 April lalu. Foto AFP
A
A
A

PEMIAN tengah Croatia dari Tottenham Hotspur, Ivan Perisic menyertai semula Hadjuk Split secara pinjaman sehingga akhir musim, kata kelab itu pada Jumaat.

Pemain berusia 34 tahun itu telah diketepikan sejak September selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di lutut kanan.

Perisic masih berharap untuk kembali tepat pada masanya untuk mendapatkan tempat dalam skuad Croatia untuk Euro di Jerman tahun ini.

Perisic menjadi profesional pada 2006 selepas meninggalkan Hadjuk Split untuk ke Sochaux, bermain untuk beberapa kelab terbesar Eropah termasuk Borussia Dortmund, Wolfsburg, Inter Milan dan Bayern Munich, yang menyaksikan dia memenangi Liga Juara-Juara.

Pemain tengah kiri yang serba boleh itu turut memenangi kejuaraan liga dan piala domestik di Jerman dan Itali.

Perisic telah menjaringkan 33 gol dalam 129 penampilan untuk Croatia termasuk dalam kekalahan final Piala Dunia 2018 kepada Perancis.

Dia membuat 50 penampilan untuk Spurs termasuk enam dalam semua pertandingan musim ini sebelum dilanda kecederaan.

Dalam pada itu, Hajduk Split berharap dapat melanjutkan tempoh Perisic di kelab itu selepas kontrak Tottenhamnya tamat pada Jun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!