Sila log masuk terlebih dahulu.

Rangka disyaki Bella: Penduduk terkejut, dakwa tidak ada bau mayat

20 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 JANUARI 2024

Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia termasuk tengkorak di rumah sewa terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, mendakwa tidak mencium sebarang bau mayat sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Fadilah Md Mery berkata, bau ikan yang kuat di gerai menjual ikan di hadapan rumah menyebabkan tiada sebarang bau mayat yang dihidu meskipun rumahnya terletak di belakang rumah sewa terbengkalai itu.

Menurutnya, jarak antara rumahnya dengan lokasi penemuan rangka hanya sekitar 20 meter.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645363/berita/semasa/rangka-disyaki-bella-penduduk-terkejut-dakwa-tidak-ada-bau-mayat