Pecah rekod makan nasi kandar RM218

Lelaki yang mencetuskan sensasi di media sosial kerana hidangan nasi kandar berharga RM218.
Lelaki yang mencetuskan sensasi di media sosial kerana hidangan nasi kandar berharga RM218.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran mamak terkenal di Pulau Pinang.

‘Kejayaan’ lelaki itu dikongsikan pentadbir Facebook Nasi Kandar Sulaiman sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, lelaki yang berpakaian jersi Arsenal itu mengambil lauk berupa 13 ekor udang, 13 ekor sotong dan lauk sampingan lain seperti dua ketul ayam goreng, telur sotong, telur masin serta bendi.

“RM218, pecah rekod sepanjang masa.

"Seorang makan sampai RM200.

"Fuhh saya sendiri tak sangka.

“Kali pertama orang masuk (ambil) RM200. Amat-amat dahsyat.

"Luar jangkaan orang Penang,” kongsi Nasi Kandar Sulaiman.

Artikel Berkaitan:

Restoran berkenaan juga melampirkan bersama gambar hidangan yang diambil, sebagai bukti pembelian.

Berdasarkan komen pada hantaran tersebut, lelaki berkenaan berjaya menghabisan makanan itu dalam tempoh satu jam tujuh minit.

Hasil tinjauan di Facebook restoran berkenaan, pentadbirnya kerap berkongsi rekod harga hidangan yang diambil pelanggannya.

Sebelum ini, rekod paling mahal adalah RM114.50 oleh seorang lelaki pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!