Asrama lelaki terbakar ragut 13 nyawa pelajar di China
ZHENGZHOU - Seramai 13 pelajar terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah asrama di daerah Fangcheng, Bandar Nanyang, wilayah Henan, China terbakar pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan Sabtu.
Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11 malam waktu tempatan berhubung kebakaran di asrama lelaki Sekolah Yingcai di Kampung Yanshanpu, Bandar Dushu.
Pasukan penyelamat dikerah ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan pada jam 11.38 malam.
Asrama itu menempatkan 30 pelajar ketika kejadian berlaku. Seramai 16 lagi pelajar berjaya dipindahkan.
Pelajar yang cedera kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Siasatan mengenai kejadian telah dimulakan oleh pihak berkuasa tempatan. - Bernama -Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!