Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dirogol buruh - Gambar hiasan 123RF
Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dirogol buruh - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KEMAMAN - Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan terkutuk tersebut.

"Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini pada awal Januari lalu.

"Susulan itu, mangsa memberitahu kakaknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada jam 1.20 pagi Sabtu.

"Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang merupakan dalang kejadian tersebut.

Katanya, lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di rumah mangsa.

Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!