Lapan maut akibat letupan kilang di China

Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited.
Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited.
A
A
A

BEIJING - Seramai lapan orang terbunuh selepas sebuah kilang di wilayah Jiangsu di timur China meletup pada Sabtu, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV).

Sementara itu, lapan lagi individu dilaporkan mengalami cedera ringan.

Insiden berlaku awal pagi Sabtu di sebuah bengkel pengeluaran milik syarikat Shenrong Metal Technology Limited, menurut laporan itu.

Siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!