Anwar, Azizah hadir Majlis Jamuan Teh Diraja

Anwar (kiri) ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada Sabtu. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar (kiri) ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada Sabtu. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini.

Anwar berkata, majlis itu turut dihadiri bekas-bekas Perdana Menteri, Menteri Kabinet, duta-duta asing, dan pegawai tertinggi kerajaan.

"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan meluangkan bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu jemputan. Daulat Tuanku!,” katanya dalam hantaran Facebooknya pada Sabtu.

Anwar bersalaman bersama Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada Sabtu. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar bersalaman bersama Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada Sabtu. Foto FB Anwar Ibrahim

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Majlis Jamuan Teh Diraja yang dihadiri 2,500 tetamu itu, adalah bersempena tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!