Pekerja kebun durian ditemui mati, dua lelaki Myanmar ditahan

Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di sebuah kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang, Bentong. Foto PDRM
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di sebuah kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang, Bentong. Foto PDRM
A
A
A

BENTONG - Dua lelaki warga Myanmar ditahan selepas seorang pekerja kebun ditemui mati di dalam kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa iaitu lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan senegara ditemui dengan kesan cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.

Menurutnya, sebelum itu pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kira-kira jam 5 pagi.

"Seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan di kawasan kebun manakala seorang lelaki berusia 31 ditahan ketika cuba melarikan diri di lokasi berdekatan.

"Salah seorang suspek yang ditahan turut mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada pergelutan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lokasi kejadian di sebuah kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang, Bentong.
Pix ihsan PDRM
Lokasi kejadian di sebuah kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang, Bentong. Pix ihsan PDRM

Ujarnya, mangsa dan kedua-dua suspek adalah pekerja di kebun durian terbabit.

Jelas beliau, pihak polis telah merampas sebilah parang dan pisau dipercayai digunakan oleh suspek.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan," tambahnya

Kesan darah yang ditemui di lokasi kejadian.
Pix ihsan PDRM
Kesan darah yang ditemui di lokasi kejadian. Pix ihsan PDRM

Katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Asisten Superintenden Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau pusat kawalan daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ujarnya, pihak polis turut memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kejadian tersebut memandangkan ia masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!