Pertempuran di seluruh Gaza, jumlah korban meningkat
GAZA CITY - Pegawai kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas pada Sabtu melaporkan angka kematian penduduk semakin meningkat apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak gesaan untuk 'kedaulatan Palestin' selepas perang.
Ketika pertempuran melanda seluruh Semenanjung Gaza yang dikepung, Israel menyalahkan Syria kerana melancarkan peluru berpandu ke arah pasukan pakatan diketuai Amerika Syarikat di Iraq sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai konflik semakin meluas.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 165 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam sebelumnya, meningkat lebih dua kali ganda pada Jumaat.
Seorang wartawan AFP melaporkan tembakan, serangan udara dan tembakan kereta kebal masih berlaku terutamanya di bandar Khan Yunis di selatan Gaza.
Sementara itu di Rafah, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan kereta awam.
Israel mengalihkan strategi menentang Hamas dari selatan Gaza selepas rejim itu pada awal Januari berkata, struktur pemerintahan Hamas di utara Gaza telah dibongkar mereka.
Tetapi Hamas melaporkan pertempuran sengit di utara Gaza apabila tentera Israel berkata tentera yang disokong oleh sokongan udara dan tentera laut menyerang infrastruktur pejuang Hamas di seluruh wilayah Palestin.
Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, pengeboman tanpa henti dan serangan darat Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 24,927 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!