Jordan kecewa gagal malukan Korea Selatan

Hussein Ammouta
Hussein Ammouta
A
A
A

PENGENDALI Jordan, Hussein Ammouta mengakui kecewa gagal untuk meraih kemenangan ke atas Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia pada Sabtu.

Jordan yang menewaskan Malaysia 4-0 pada perlawanan pertama terpaksa akur dengan gol sendiri pertahanan mereka, Yazan Al-Arab pada masa kecederaan untuk seri 2-2 dengan Korea Selatan.

“Adalah perkara biasa untuk melakukan kesilapan pada permulaan dan akhir perlawanan kerana anda bercakap tentang pasukan lawan yang bagus.

"Apa yang penting ialah kami bermain setanding dengan mereka. Cuma, kami tidak berusaha keras untuk cuba dan mengekalkan keputusan itu," katanya.

Dalam perlawanan itu, Son Heung-min menyempurnakan penalti untuk meletakkan Korea Selatan di hadapan pada minit kesembilan.

Jordan mula mengancam dan menyamakan kedudukan pada minit ke-37 apabila Park Yong -woo menolak masuk bola ke gawang sendiri sebelum Naimat meletakkan pasukan di hadapan pada minit keenam masa kecederaan separuh masa pertama.

Jordan berada berkongsi empat mata bersama Korea Selatan di kedudukan teratas Kumpulan E dan akan bertemu Bahrain dalam aksi terakhir kumpulan pada Khamis di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Korea Selatan pula akan menentang Malaysia pada hari yang sama di Stadium Al Janoub.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!