Calon SPM Pahang terima kit alat tulis

Kamil (tengah) menunjukkan kit alat tulis yang disediakan untuk calon SPM di Pahang.
Kamil (tengah) menunjukkan kit alat tulis yang disediakan untuk calon SPM di Pahang.
A
A
A

JERANTUT - Seramai 20,270 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini bakal menerima kit alat tulis bernilai RM10 setiap satu bermula 24 hingga 29 Januari ini.

Kit bernilai RM200,700 keseluruhan itu hasil inisiatif kerajaan negeri melalui Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) sebagai suntikan semangat buat calon SPM di Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kit tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua calon SPM di negeri itu.

"Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang, baik dan beroleh kejayaan dalam SPM.

"Ia juga kerajaan negeri sebagai tanda ingatan,kasih sayang dan tulus ikhlas, menyumbangkan kit ini kepada semua calon di Pahang," katanya di sini baru-baru ini.

Wan Rosdy bersama Kamil (dua dari kiri) ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Wan Rosdy bersama Kamil (dua dari kiri) ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi 1 MTSP, Kamil Ibrahim berkata, inisiatif itu mendapat sokongan padu daripada Menteri Besar yang sangat prihatin kepada pelajar di negeri ini dan tiada negeri lain yang buat sebegini.

"Kit ini kita akan diagihkan kepada setiap sekolah di Pahang dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan negeri," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pemberian kit itu juga diharap dapat menjadi suntikan semangat dan motivasi buat semua calon untuk meraih keputusan lebih baik dalam SPM kali ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!