JDT tukar keputusan kekalkan Forestieri

Forestieri
Forestieri
A
A
A

KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat pusingan U apabila mengekalkan Fernando Forestieri bersama pasukan untuk mengharungi saingan liga musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Penyerang tersebut akan kekal dalam skuad JDT.

"Tiga pemain antarabangsa baharu akan mengukuhkan pasukan secara strategik di beberapa posisi untuk musim 2024-25," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Sebelum ini, JDT mengumumkan Forestieri dilepaskan bersama beberapa pemain lain sebagai salah satu pendekatan penjimatan.

Pemain kelahiran Argentina itu menyertai JDT pada 2022 dan menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023.

Dia telah meledak 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!