'Selepas 38 hari, kami hanya dapat rangka' - Kakak Bella

Norhisham (kiri) bersama adiknya, Bella.
Norhisham (kiri) bersama adiknya, Bella.
A
A
A

BATU PAHAT- "Sekarang selepas 38 hari, apa yang saya dan keluarga dapat, kami cuma dapat rangka," luah Norhisham Samsusah, 36, di laman sosial, Facebooknya.

Menerusi muat naik tersebut, kakak kepada Mila Sharmila, 32, atau Bella, melahirkan rasa terkilan dan mempersoalkan proses siasatan dijalankan terhadap kes kehilangan adiknya sejak 14 Disember tahun lalu.

Muat naik di laman Facebook akaun milik Norhisham.
Muat naik di laman Facebook akaun milik Norhisham.

Malah, wanita itu juga turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pasukan penyiasat yang dikatakan lambat bertindak dalam mengesan kedudukan Bella.

"Kenapa masa reman (suspek) tidak tekan (soal siasat) dia habis-habis, kalau tahu awal mana Bella disorokan, mesti keluarga dapat ‘body’ (mayat) bukan rangka.

“Walaupun ‘body’ dah tak bernyawa tapi masih boleh kami peluk cium untuk kali terakhir,” tulisnya.

Norisham turut berkongsi keakraban dirinya dengan Bella dalam apa jua yang dihadapi seumpama tiada rahsia

"Kami tersangat- sangat kecewa. Sudah bermacam-macam usaha saya buat untuk cari bukti yang orang terakhir bersama Bella adalah perlaku.

Artikel Berkaitan:

"Saya dan Bella ni sentiasa ‘share’ (kongsi) benda apa kami nak buat.. Bella takkan hilang macam ni.

“Masa hari ‘last chat’ (terakhir mesej) 14.12.2023 pukul 11.38pm Bella tanyakan sesuatu, saya dah jawab kemudian Bella senyap... Mungkin masa tu ‘last’ nyawa dia dihabiskan,” tulisnya.

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

@sinarharianonline Laungan di mana Bella?, menjadi topik hangat ramai pihak selepas ibu tunggal atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, 32, dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu. Setelah sebulan, misteri kehilangan Bella hampir terungkai apabila polis menemukan rangka manusia di sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor dikaitkan dengan wanita itu. Berikut kronologi kes kehilangan Bella. #SinarHarian#SinarTerkini#Bella#hilang original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!