Syria gesa masyarakat global hentikan serangan Israel terhadap orang awam
KAHERAH - Syria menggesa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel supaya berhenti menyerang orang awam susulan serangan udara rejim itu ke atas Damsyik yang membunuh sekurang-kurangnya lima orang, lapor Sputnik.
"Syria menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah segera untuk menghentikan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh entiti Zionis terhadap orang awam yang tidak bersalah,” menurut Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan.
Kementerian itu berkata, beberapa orang awam turut terbunuh dan cedera dalam serangan itu.
Media Iran pada Sabtu melaporkan serangan udara Israel ke atas Damsyik membunuh lima penasihat tentera Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, termasuk seorang komander perkhidmatan perisikan Pasukan Quds. - Bernama-Sputnik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!