Batal penerbangan ke Argentina susulan mogok

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Beberapa syarikat penerbangan Brazil membatalkan penerbangan ke Argentina pada Rabu (24 Januari) susulan rancangan Konfederasi Buruh Argentina yang mahu menganjurkan mogok umum, lapor Sputnik memetik media tempatan.

Sehingga 20 Januari, lebih 30 penerbangan antara Brazil dan Argentina telah dibatalkan, lapor portal berita G1 pada Sabtu, memetik data syarikat penerbangan Latam dan Gol.

Konfederasi itu dan beberapa kesatuan tempatan lain dijadualkan mengadakan mogok pada hari Rabu sebagai membantah dasar Presiden Argentina Javier Milei untuk meliberalisasikan ekonomi negara.

Pada akhir Disember, Milei menandatangani dekri yang mencadangkan pembaharuan dalam semua sektor ekonomi dan sosial, termasuk pelanjutan tempoh percubaan untuk pekerja kepada lapan bulan, penghapusan beberapa denda untuk majikan dan pemansuhan dana insurans pengangguran.

Kesatuan sekerja negara itu telah mencabar cadangan itu di mahkamah.

Dekri itu dijangka berkuat kuasa hanya beberapa hari selepas ditandatangani tetapi mesti perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Parlimen mempunyai kuasa untuk memveto dekri itu.

Pada pilihan raya presiden tahun lalu, Milei memperoleh kemenangan besar meskipun rakyat marah ekoran krisis ekonomi yang berterusan di negara itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ekonomi Argentina memerlukan langkah luar biasa untuk memperbaiki keadaan. - Bernama/Sputnik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!