Suami Azean Irdawati meninggal dunia

Allahyarham Khairil Anwar meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad.
Allahyarham Khairil Anwar meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Suami seniwati Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran di Facebook.

"Salam semua, abah baru pulang ke rahmatullah pada jam 5.12 petang di Hospital Sungai Buloh.

"Minta sedekah al-Fatihah dan doakan abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin," katanya.

Dalam hantaran berasingan, Ineesa Irdayanty turut memaklumkan urusan mandi dan solat jenazah akan dilakukan pada jam 9 pagi di Jalan SS 3/19, Taman Universiti, Petaling Jaya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, Persiaran Mahogani, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Sementara itu, rakan artis, Sharifah Shahirah turut berkongsi mengenai khabar duka tersebut melalui Instagram beliau.

Penyampai radio Suria FM itu turut memaklumkan bahawa arwah sentiasa mengikuti perkembangan rapat mengenai stesen radio berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Semoga urusan jenazah Allahyarham dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Arwah Abang Karl selalu mesej dan mengikuti radio Suria FM.

"Semoga tenang di sana," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!