Konsep bina dan jual elak pembeli tanggung rugi

Kerajaan perlu melaksanakan konsep ‘bina dan jual’ untuk projek pembangunan hartanah kediaman bagi mengelakkan pembeli menanggung kerugian.
Kerajaan perlu melaksanakan konsep ‘bina dan jual’ untuk projek pembangunan hartanah kediaman bagi mengelakkan pembeli menanggung kerugian.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu melaksanakan konsep ‘bina dan jual’ untuk projek pembangunan hartanah kediaman bagi mengelakkan pembeli menanggung kerugian.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, konsep ini bukanlah perkara baharu malah telah lama dilaksanakan di seluruh dunia.

“Paling terbaik buat konsep ‘bina dan jual’.Maksudnya mereka pergi tengok rumah dulu, baru beli, bukannya rumah belum siap tapi pembayaran sudah dibuat.

“Konsep sebegitu sangat penting bagi memastikan masalah rumah terbengkalai dapat diselesaikan sekali gus tidak membebankan pembeli.

“Di negara seperti Vietnam, rumah akan dibina terlebih dahulu sebelum dijual kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Marimuthu, FOMCA hanya bersuara demi membela nasib pembeli yang terpaksa menanggung kerugian disebabkan perlu membayar pinjaman walaupun rumah masih belum boleh didiami.

“Kita tak nak sesiapa bayar untuk perkhidmatan yang tidak diberikan atau barangan ditempah tapi belum siap.

“Masalah ini bukan perkara baharu malah telah lama berlaku sejak tahun 1980-an. Oleh itu, jika kerajaan mahupun pemaju tidak mengubahnya ia akan terus berlaku,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!