Angka 2020 disangka isyarat kecemasan 'SOS'

Angka 2020 digantung di tingkap sempena Tahun Baru 2020.
Angka 2020 digantung di tingkap sempena Tahun Baru 2020.
A
A
A

GUIYANG - Seorang lelaki bertindak menghubungi pihak berkuasa setelah melihat isyarat kecemasan 'SOS' di sebuah kediaman di Guiyang, China.

Memetik China Press, lelaki itu melihat 'isyarat kecemasan' berkenaan dari pangsapurinya di tingkat 19.

Rumah jiran itu berhadapan pangsapurinya dan apabila melihat perkataan itu dia beranggapan beranggapan jiran menghadapi kesusahan lalu bertindak menghubungi polis.

Bagaimanapun sejurus polis tiba, rumah dihuni seorang wanita itu tidak menunjukkan sebarang kejadian aneh atau berbahaya.

Polis memaklumkan tiada kecemasan berlaku dan wanita itu juga tidak berada dalam bahaya atau perlu rawatan perubatan segera.

Perkataan 'SOS' rupanya angka 2020.
Perkataan 'SOS' rupanya angka 2020.

Ternyata apa yang dilihat lelaki itu menerusi tingkapnya adalah belon perhiasan yang membawa maksud 2020 dan nombor 0 telah tertanggal. Jika dibaca secara terbalik nombor itu memberi maksud 'SOS'.

Wanita yang juga seorang guru tadika itu menganjurkan parti tahun baru di rumahnya dan memutuskan untuk menggantungkan angka 2020 di tingkap bagi menceriakan parti tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nombor itu disalah erti oleh jirannya dan atas nasihat polis, wanita itu telah menurunkan angka 2020 dari tingkapnya.

Bagaimanapun, polis tetap memuji tindakan lelaki tersebut kerana peka dengan keadaan sekeliling yang memerlukan bantuan.

Jika benar wanita itu memberi isyarat kecemasan 'SOS', ternyata lelaki itu akan diangkat sebagai hero dan penyelamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!