Tular maklumat sulit peserta maraton didakwa bocor

Perkara itu dimuat naik di Facebook pada Isnin mendakwa maklumat sulit lengkap seramai 1,464 peserta KL City Day Half Marathon pada 2020 tersebar ke internet.
Perkara itu dimuat naik di Facebook pada Isnin mendakwa maklumat sulit lengkap seramai 1,464 peserta KL City Day Half Marathon pada 2020 tersebar ke internet.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular dakwaan data dan maklumat sulit peserta maraton tersebar di internet.

Perkara itu dimuat naik di laman sosial Facebook pada Isnin mendakwa maklumat sulit lengkap seramai 1,464 peserta KL City Day Half Marathon pada 2020 tersebar ke internet.

Katanya, dakwaan itu berdasarkan makluman salah seorang peserta berdasarkan mesej yang diterima pengendali Facebook terbabit.

"Terdapat fail yang mengandungi kod kategori, kategori nama, tarikh pendaftaran, yuran pendaftaran, transaksi ID, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, poskod dan emel," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati akaun Facebook itu turut melampirkan gambar senarai terbabit.

Malah disenaraikan 35 butiran peserta terbabit termasuklah nombor kad pengenalan penjaga atau ibu bapa.

Justeru, laman terbabit menyeru Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Komunikasi untuk segera ambil tindakan.

Setakat ini, Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan daripada pihak MCMC dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!