PM gesa KPM lihat semula sistem pra sekolah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem pendidikan pra sekolah di negara ini dilihat semula dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.

Menurutnya, Malaysia agak ketinggalan dalam soal menyediakan beberapa kemudahan termasuk kategori digital bagi pra sekolah.

"Soal infra digital, soal kurikulum masa depan pra sekolah, dalam semua kategori ini kita agak ketinggalan.

"Sebab itu saya gesa, Menteri Pendidikan baharu (Fadhlina Sidek) lihat semula sistem pra sekolah," katanya ketika berucap merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan 'The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia', di Universiti Malaya (UM), di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, tambah Anwar, dalam soal keadilan terhadap sistem pra sekolah, wujud kesenjangan antara kota dan desa serta pendalaman.

Justeru, katanya menerusi Belanjawan Madani 2024 yang memberikan peruntukan terbesar dalam bidang pendidikan, ia perlu bermula dengan asas.

"Kalau kita katakan 80 peratus sahaja yang masuk pra sekolah dengan kategori berbeza...mungkin 40 peratus baik selainnya ituagak pertengahan dan sekitar 20 peratys amat lemah. Maknanya Tak sampai 50 peratus.

"Maknanya kita dalam bicarakan soal keadilan, kita sebenarnya melebarkan kesenjangan antara kota dan desa, kaya kota dan miskin kota, serta desa dan pendalaman," katanya.

Artikel Berkaitan:

-END-

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!