Tarif air Melaka tidak beban B40

Ab Ruaf (dua dari kanan) ketika menandatangani plak pada majlis perasmian bangunan baharu itu.
Ab Ruaf (dua dari kanan) ketika menandatangani plak pada majlis perasmian bangunan baharu itu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Melaka memberi jaminan pelarasan tarif air bermula Februari depan tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kenaikan dan kadar baharu tarif air itu tidak dapat dielakkan disebabkan peningkatan kos naik taraf paip bawah tanah yang tidak pernah diganti sejak hampir 20 tahun lalu.

Menurut beliau, kadar baharu tarif air dijangka akan diumumkan pada Rabu ini dan beberapa kajian telah dilaksanakan bagi memastikan kenaikan tersebut benar-benar tidak membebankan terutama golongan berkenaan.

Malah kata beliau, kerajaan negeri juga akan memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih berkualiti kepada pengguna berikutan pelarasan tarif air tersebut.

"Satu langkah drastik diambil untuk menaik taraf paip-paip bawah tanah sama ada menukar ataupun membaikinya memerlukan kos untuk ditampung bersama.

"Kalau dah hilang 40 peratus air, maka jumlah pelaburan pun hilang 40 peratus jadi untuk sama-sama di antara rakyat kita bekerjasama memastikan bekalan air akan dapat dibekalkan dalam keadaan paling kurang pun 90 peratus," katanya.

Ab Rauf (tiga dari kanan) memotong reben sebagai sebagai simbolik menyempurnakan bangunan baharu kilang pengeluar cip mikro di Kawasan Perindustrian Angkasa Nuri, Durian Tunggal, di sini, pada Isnin.
Ab Rauf (tiga dari kanan) memotong reben sebagai sebagai simbolik menyempurnakan bangunan baharu kilang pengeluar cip mikro di Kawasan Perindustrian Angkasa Nuri, Durian Tunggal, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu kilang pengeluar cip mikro di Kawasan Perindustrian Angkasa Nuri, Durian Tunggal, di sini, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Jalil.

Tambah beliau, kerja-kerja menggantikan paip baharu wajar dilaksanakan susulan wujud ketirisan dan kehilangan air akibat kebocoran serta kerosakan paip bawah tanah.

Menurut beliau, impaknya pengguna hanya menerima kira-kira 60 peratus bekalan air manakala selebihnya hilang di bawah tanah.

"Tarif air ini tidak dinaikkan dah lebih 18 tahun, jadi untuk membantu kelestarian rakyat kerajaan Pusat mengambil langkah yang bijak supaya kenaikan tarif air dinaikkan seluruh negara secara serentak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!