SPRM tahan pengarah syarikat disyaki rasuah penjawat awam

Warga emas yang juga pengarah sebuah syarikat pembekalan ditahan SPRM Negeri Melaka kerana disyaki bertindak sebagai pemberi rasuah kepada penjawat awam di negeri ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Shahril)
Warga emas yang juga pengarah sebuah syarikat pembekalan ditahan SPRM Negeri Melaka kerana disyaki bertindak sebagai pemberi rasuah kepada penjawat awam di negeri ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Shahril)
A
A
A

MELAKA - Warga emas yang juga pengarah sebuah syarikat pembekalan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka kerana disyaki bertindak sebagai pemberi rasuah kepada penjawat awam di negeri ini.

Lelaki berusia awal 60-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi pelaksanaan kerja-kerja perolehan bernilai lebih RM630,000 di jabatan-jabatan kerajaan.

Sumber berkata, penahanan terhadap suspek dilakukan selepas disyaki merasuah penjawat awam di pelbagai jabatan kerajaan dengan membayar belasan hingga puluhan ribu ringgit wang bagi memastikan kerja-kerja pembekalan di jabatan berkenaan diperolehi.

"Suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 12 tengah hari Isnin bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Kes itu melibatkan perolehan keseluruhan berjumlah RM639,104.00," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam pelbagai jabatan untuk memberikan kerjasama.

Menurutnya beliau, rantaian kartel rasuah sebegini perlu dinoktahkan bagi mengelak kerja-kerja monopoli projek pembekalan di Jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Melaka terus berlaku.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah esok bagi mendapatkan kebenaran permohonan reman," katanya

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!