[VIDEO] 'Saya mudah untuk disiasat kerana kerajaan ada kuasa' - Tun M
"Yang susah nak siasat adalah Perdana Menteri (Anwar), 'kepala' SPRM, pegawai tertinggi dalam kerajaan seperti TPM (Ahmad Zahid). Itu susah," katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645668/berita/nasional/saya-mudah-untuk-disiasat-kerana-kerajaan-ada-kuasa---tun-m
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrMahathir" />
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau sukar disiasat oleh pihak berkuasa negara ini.
Sebaliknya kata bekas Perdana Menteri itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang sukar untuk disiasat.
"Saya mudah untuk disiasat kerana kerajaan mempunyai kuasa. Saya tidak ada kuasa.
"Yang susah nak siasat adalah Perdana Menteri (Anwar), 'kepala' SPRM, pegawai tertinggi dalam kerajaan seperti TPM (Ahmad Zahid). Itu susah," katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Isnin.
Pada Sabtu, Anwar tanpa menyebut secara spesifik menyatakan tidak mudah untuk menyiasat orang besar yang bertindak mencuri duit termasuk ‘Tun’.
Dakwa Dr Mahathir, pihak berkuasa seolah-olah melakukan siasatan terpilih terhadap tokoh dan individu yang 'tidak sebulu' dengan pucuk pimpinan ketika ini.
Menurutnya, siasatan perlu dilakukan terhadap Anwar berikutan pendedahan Penolong Gabenor Bank Negara (BNM) Datuk Murad Khalid di dalam akuan bersumpah (SD).
"Khalid menyatakan Anwar mempunyai RM3 bilion di dalam lebih 20 akaun induk.
"Di dalam SD itu, ia dinyatakan secara terperinci di dalam empat muka surat tetapi setakat saya tahu kenapa tidak siasat," katanya yang turut menggesa agar orang ramai membaca SD berkenaan untuk mengetahui dengan jelas dakwaan tersebut.
Beliau berkata, dakwaan pemilikan saham di beberapa syarikat oleh Azam juga wajar disiasat.
"Sepatutnya adik Azam siasat, perlu cerita semua sebagai mana saya perlu dengar anak saya (Mirzan) cerita perniagaan serta hartanya yang perlu diperjelas kepada pihak berkuasa sejak saya jadi Perdana Menteri pada tahun 1981, iaitu 42 tahun lalu," katanya.
Dr Mahathir secara sinis turut menpersoalkan tindakan Peguam Negara (AG) yang menghentikan prosiding pendakwaan terhadap Ahmad Zahid.
"Tengah- tengah bicara, AG tidak mahu teruskan. Jadi Ahmad Zahid tidak mudah untuk disiasat.
"Orang yang tak 'sebulu' dengan PM disiasat tetapi orang sokong PM walaupun ada 47 pertuduhan boleh ditarik balik.
"Saya mahu beritahu dunia, jangan datang ke Malaysia. Kalau mereka nak siasat, mereka boleh lakukan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!