Maqis Kelantan rampas 60kg daging babi

Pegawai Maqis menunjukkan pelbagai jeni sosej yang dirampas oleh Aksem.
Pegawai Maqis menunjukkan pelbagai jeni sosej yang dirampas oleh Aksem.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas 60 kilogram (kg) daging babi yang cuba diseludup masuk dari Thailand ke negara ini secara tidak sah semalam.

Pengarahnya, Mohd Azam Yahya berkata, rampasan sekitar jam 5 petang itu dilakukan oleh anggota Maqis Kelantan selepas menahan sebuah pacuan empat roda di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan dipandu lelaki warga Thailand itu, Maqis Kelantan telah menjumpai sejumlah 60kg daging babi yang dibawa masuk tanpa permit sah," katanya.

Menurutnya, perbuatan membawa masuk daging babi tanpa permit import yang sah daripada Maqis adalah satu kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Nor Azam berkata, Maqis Kelantan menerima satu serahan kes daripada pihak Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Rantau Panjang pada 31 Disember tahun lalu.

Katanya, serahan itu membabitkan rampasan sosej seberat 316kg yang diseludup masuk secara haram ke negeri ini tanpa permit sah.

Mohd Azam berkata, kedua-dua kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali sepertimana yang diperuntukkan pada Seksyen 11(1) akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!