Premis perniagaan wajib sedia tong sampah sendiri mulai 1 Februari - MBSA
SHAH ALAM - Semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diwajibkan menyediakan tong sampah sendiri mulai 1 Februari.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan setiap tong sampah perlu mematuhi spesifikasi ditetapkan iaitu menggunakan tong sampah mudah alih (MGB).
“Semua kedai pejabat atas dan tingkat bawah perlu menggunakan MGB 240 liter, manakala MGB dengan kapasiti 660 liter pula untuk semua premis restoran atau kedai makan,” menurut MBSA.
MBSA turut memaklumkan peraturan tersebut dikuat kuasa mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSA) 2007 dan kompaun akan dikeluarkan jika arahan tersebut tidak dipatuhi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!