Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib

Shuib menjelaskan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan KWSP dan mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada awal tahun ini.
Shuib menjelaskan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan KWSP dan mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada awal tahun ini.
A
A
A

ISU tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Pemilik Bubblebee, Shuib atau Shamira Muhammad menerusi satu kenyataan yang dikongsi menerusi media sosialnya menjelaskan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan KWSP dan mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada awal tahun ini.

“Pihak Bubblebee akan mematuhi dan melaksanakan kesemua kewajipan selaras dengan terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui.

“Oleh itu, pihak Bubblebee dengan ini menjelaskan bahawa isu-isu tersebut telah diselesaikan dengan sempurna,” ujarnya.

Tambah Shuib, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan atau tuduhan tidak benar dan berniat jahat terhadap pihak Bubblebee selepas ini.

“Pihak Bubblebee berharap sebarang spekulasi atau sebaran fitnah yang tidak berasas dihentikan segera.

“Akhirnya, pihak Bubblebee mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan saudara-saudari yang berterusan terhadap pihak Bubblebee selama ini selaku sebuah jenama tempatan Malaysia yang berhasrat dan berusaha menempa nama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, nama Bubblebee hangat diperkatakan selepas beberapa pekerja dan bekas pekerja mendakwa syarikat berkenaan culas membayar caruman KWSP sejak beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Shuib kemudiannya menjelaskan bayaran dibuat secara sekali gus untuk tempoh beberapa bulan dan bukannya potongan setiap bulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!