AGC jalin kerjasama, bangun zon ekonomi hijau, pelancongan Palau

Choon Kee (duduk, dua dari kiri) yang mewakili AGC dan Norman (duduk, dua dari kanan) yang mewakili Kerajaan Negeri Airai menunjukkan mempamerkan perjanjian kerjasama pembangunan zon ekonomi hijau dan ekopelancongan di kepulauan Republik Palau.
Choon Kee (duduk, dua dari kiri) yang mewakili AGC dan Norman (duduk, dua dari kanan) yang mewakili Kerajaan Negeri Airai menunjukkan mempamerkan perjanjian kerjasama pembangunan zon ekonomi hijau dan ekopelancongan di kepulauan Republik Palau.
A
A
A

PETALING JAYA - Firma pelaburan Malaysia dengan Singapura, Airai Global Corporation (AGC) menjalin kerjasama dengan dan Kerajaan Negeri Airai membangunkan kawasan kepulauan di Republik Palau sekali gus mencipta zon ekonomi hijau yang memberi manfaat kepada pertumbuhan sektor pelancongan antarabangsa.

Kerjasama yang dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara AGC dan Kerajaan Negeri Airai yang diadakan di Hotel Sheraton, di sini pada Khamis.

Menurut Presiden AGC, Lim Choon Kee, pihaknya yakin kerjasama tersebut mampu meningkatkan daya saing ekonomi domestik di kepulauan itu selain mencipta potensi sebagai lokasi percutian menarik serta bebas daripada sebarang pencemaran.

Malah, antara tarikan pelancongan yang bakal dibangunkan di Palau merangkumi resort ekopelancongan, fasiliti kesihatan serta taman tema air.

“Inisiatif kami bukan sahaja ingin menjalinkan kerjasama pembangunan Palau dan Airai, tetapi juga membantu membina destinasi percutian menarik dengan pelbagai fasiliti lengkap serta memenuhi keperluan masyarakat tempatan termasuk pelancong.

“Palau bukan sahaja syurga bagi menarik lebih ramai pelabur asing, tetapi juga syurga alam semula jadi yang terbesar dengan dikelilingi 340 pulau membuka pelbagai peluang dan potensi untuk diteroka,” katanya kepada pemberita di sini.

ALVIN LEE
ALVIN LEE

Sementara itu, Ketua Pegawai Pembangunan AGC, Alvin Lee, bagi mendapatkan sumber tenaga hijau, pihaknya turut merancang untuk menggunakan teknologi tenaga solar bagi menjamin alam sekitar yang lebih mampan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, pembinaan infrastruktur dan fasiliti dan kawasan pelancongan di Palau akan bermula tahun ini selain memberi jaminan tidak akan menjejaskan kawasan hijau dan marin semula jadi yang sedia ada.

Sementara itu, Gabenor Kerajaan Negeri Airai, Norman Ngiratecheboet berkata, menerusi pelaburan asing daripada syarikat Malaysia dan Singapura, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Airai serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Republik Palau.

Walaupun terdapat cabaran untuk membangunkan kawasan kepulauan berkenan, namun ia memberi faedah jangka panjang kepada kedua-dua belah pihak.

“Sekiranya pelaburan ini berjaya, kami juga akan mendapat manfaat bersama dan memberi peluang kepada syarikat luar untuk bersama-sama membangunkan ekonomi penduduk tempatan, “ ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!