Wabak penyakit merebak dalam kalangan kanak-kanak di Gaza

Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan kanak-kanak berikutan kekurangan makanan, peralatan kebersihan serta air kotor. Foto Agensi
Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan kanak-kanak berikutan kekurangan makanan, peralatan kebersihan serta air kotor. Foto Agensi
A
A
A

GAZA - Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk Gaza terutama kanak-kanak apabila hampir keseluruhan infrastruktur di wilayah itu termasuk sistem penjagaan kesihatan musnah akibat serangan Israel.

Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan cuba bertahan tanpa keperluan asas terutama tempat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.

Wabak penyakit menular berikutan kekurangan makanan dan peralatan kebersihan serta air kotor.

Pakar berkata, jika gencatan senjata tidak dicapai dan bantuan kemanusiaan tidak sampai ke wilayah itu, beribu-ribu penduduk mungkin mati akibat pelbagai penyakit terutama wabak.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah itu juga rosak atau musnah.

Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober membunuh sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin dan mencederakan 62,681 yang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!