'Usah politikkan isu p-hailing'

Tindakan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dijangka membantu nasib penunggang p-hailing dengan memberi perlindungan mencukupi kepada pekerja yang terlibat dalam sektor tersebut.
Tindakan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dijangka membantu nasib penunggang p-hailing dengan memberi perlindungan mencukupi kepada pekerja yang terlibat dalam sektor tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkaitan upah penunggang p-hailing.

Pengarah Strateginya, Bryan Ng Yih Miin berkata, terdapat ahli politik pembangkang yang memainkan isu berkenaan meskipun Kerajaan Perpaduan sudah mengambil langkah proaktif bagi menanganinya.

"Kenyataan dangkal Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa pengurusan GrabFood Malaysia (GrabFood) di bawah Kementerian Kewangan adalah tidak tepat sama sekali.

"AMK telah bertahun-tahun dalam memperjuangkan hak-hak penunggang p-hailing dan kami mengecam tindakan hipokrit Ahmad Fahysal yang jelas menunggang isu ini tanpa menyemak fakta sebenar demi kepentingan politik," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Jelasnya, Kerajaan Madani telah mengambil inisiatif progresif dengan mengadakan perjumpaan bersama syarikat p-hailing dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) penunggang p-hailing, progres terkini adalah perbincangan bersama pihak Kementerian Sumber Manusia berada pada peringkat pro-tem.

"Kami sekali lagi menggesa kementerian-kementerian yang terlibat agar mempercepatkan proses ini dalam usaha memastikan keterjaminan masa depan ‘rider p-hailing’ di Malaysia," katanya.

Tambahnya, dalam mendepani isu ini pentingnya ketelusan dan keadilan dalam hubungan syarikat bersama penunggang p-hailing.

"GrabFood perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai majikan yang prihatin dalam usaha memastikan kebajikan ‘rider’ terjamin dan bukan hanya menitikberatkan keuntungan sebagai pemain industri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, baru- baru ini, GrabFood mengumumkan perubahan kadar bayaran bagi penunggang p-hailing yang menyebabkan keresahan dalam kalangan rider yang mendapati kadar bayaran mereka merosot berbanding dengan sebelumnya.

Perubahan itu didakwa tanpa sebarang rundingan terlebih dahulu dengan penunggang, walaupun sebelum ini GrabFood sering menggelar mereka sebagai 'rakan pekongsian'.

Sebelum ini, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menggesa syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing, GrabFood supaya mengembalikan semula kadar bayaran upah penunggang kepada bayaran asal secara serta-merta.

PPRPM berkata, ia kerana kadar bayaran upah yang diberikan ketika ini sangat rendah selain pengiraannya juga tidak jelas.

ARTIKEL BERKAITAN:Rider dihimpit desakan hidup, ada terpaksa pinjam along

ARTIKEL BERKAITAN:Penghantar p-hailing beri tempoh lima hari selesai lima tuntutan

ARTIKEL BERKAITAN:Isu penghantar makanan: Semak pelaksanaan usaha kerajaan, bukan manipulasi fakta

ARTIKEL BERKAITAN:Nasib penunggang p-hailing terbela

ARTIKEL BERKAITAN:Sektor ekonomi gig tidak sesuai dijadikan kerjaya tetap

​​​​​​​ARTIKEL BERKAITAN:Kegusaran rider p-hailing kian memuncak

​​​​​​​ARTIKEL BERKAITAN:Grab pertahan struktur tambang, bonus baharu

​​​​​​​ARTIKEL BERKAITAN:Presiden Persatuan Pemandu Grab tuntut janji PM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!