Kejuaraan Badminton Remaja NCT barakan akar umbi

Pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja NCT di Melaka.
Pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja NCT di Melaka.
A
A
A

SERAMAI 509 bakat-bakat muda tanah air berumur sembilan hingga 15 tahun mempamerkan kehebatan masing-masing dalam pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Remaja NCT di Melaka.

Setelah tiga hari persaingan sengit, pemenang bagi kesemua 14 kategori yang layak secara automatik ke pusingan akhir di Kuala Lumpur pada Jun dengan pemenang bagi setiap kategori Bawah 15 pula mengesahkan tiket ke Paris untuk menyaksikan Sukan Olimpik pada Ogos.

NCT Alliance telah menjalin kerjasama dengan Kelab Badminton Petaling (Petaling BC) bagi membentuk siri kejohanan badminton peringkat nasional termasuk kejohanan berprestij Road to NCT Junior Badminton Championship yang menyasarkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang mampu menjadi juara pada masa depan.

Kejohanan ini bermula dengan kategori remaja, menyasarkan penyertaan dari kalangan mereka yang berumur antara sembilan hingga 15 tahun.

“Komitmen kami terhadap pemerkasaan bakat-bakat muda melangkaui tajaan peribadi. Ini termasuk menyediakan platform untuk bakat-bakat generasi baru menyinar dan meningkat maju.

“Kejohanan Road to NCT Junior Badminton Championship ini adalah bukti komitmen dan dedikasi kami terhadap usaha membentuk masa depan badminton negara,” kata penganjur Datuk Seri Yap Ngan Choy.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi NCT Alliance, Chau Chun Hoo berkata, syarikat itu berhasrat memainkan peranan dalam meningkatkan standard badminton negara selain membentuk komuniti yang sihat.

“Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial (CSR) kami dan hala tuju umum dalam apa sahaja yang kami lakukan. Saya berharap kita boleh memperkembangkan kejohanan-kejohanan seperti ini untuk diadakan di seluruh negara pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga merasakan para pemain sangat teruja dan mempamerkan keinginan yang tinggi untuk bermain dalam kejohanan ini dan ini menjadikannya berbaloi untuk kita menyediakan platform untuk mereka,” katanya.

Pemenang Kategori

Perseorangan Lelaki B15 tahun:

CURSON CHENG YU YANG

Perseorangan Lelaki B13 tahun:

MUHAMMAD NOOR B HANAFI

Perseorangan Lelaki B11 tahun:

NUQMAN AL IMAN B MD NOO

Perseorangan Lelaki B9 tahun:

YEE JIA KANG

Perseorangan Wanita B15 tahun: LOW ZI YU

Perseorangan Wanita B13 tahun:

CHU JING XUAN

Perseorangan Wanita B11 tahun: NUR AIN IRDINA ARADHIA

Perseorangan Wanita B9 tahun:

TEE ZI QI

Beregu Lelaki B15 tahun:

KUA MING ZE/MUHAMMAD IQBAL B YUSUF

Beregu Lelaki B13 tahun: DERRICK LEUNG JIN WEN/

MUHAMMAD NOOR B HANAFI

Beregu Lelaki B11 tahun:

BEH KEAT TOM/TYLER TAN BO XUN

Beregu Wanita B15 tahun:

AUNI FATIHIN AZUAN/

LOW ZI YU

Beregu Wanita B13 tahun:

CHU JING XUAN/UNGKU IMAN ZAHIRAH

Beregu Wanita B11 tahun:

LIM XUE ER/NG MEAN HAN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!