Wanita Australia nyaris maut disengat ubur-ubur
PHUKET - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dari Queensland, Australia nyaris maut selepas dimasukkan he hospital akibat disengat ubur-ubur kotak ketika sedang berenang di pesisiran pantai Koh Pha Ngan.
Zoe Cahill, 23, melakukan pengembaraan solo pertamanya ke Asia Tenggara termasuk Bali, Indonesia dan Thailand.
Walaupun beberapa kali bermandi-manda di sekitar Ko Pha Nga, nasibnya telah berubah pada Oktober lalu semasa berenang di pantai Zen Beach.
"Saya lihat ubur-ubur itu seperti kepingan hitam dan tidak sampai beberapa saat ia menyengat tubuh dan sengatan itu seperti renjatan elektrik yang menembusi badan," katanya.
Walaupun disengat teruk, Cahill berjaya berenang ke pantai dan masih sedar diri semasa dibawa ke hospital berdekatan.
Dia bernasib baik semasa kejadian kira-kira 15 orang bergegas membantunya dengan menyiram dengan air cuka bagi mengelakkan keadaan menjadi teruk.
Semasa mendapatkan rawatan beberapa jam di hospital di Ko Pha Nga, jurulatih yoga itu dipindahkan ke Ko Samui selepas keadaaannya semakin teruk dan berada selama sebulan di hospital tersebut.
Dia tidak dapat berjalan selama dua minggu akibat disengat hampir seluruh badan.
"Tubuh saya mempunyai banyak kesan parut dan ia kelihatan di mana-mana, tetapi saya bersyukur masih hidup," katanya.
Semasa kembali ke Australia, Cahill berhasrat meningatkan kesedaran mengenai bahaya sengatan ubur-ubur ketika suhu sedang meningkat di seluruh dunia menyebabkan hidupan laut menjadi aktif.
"Saya fikir tidak ramai yang sedar.
"Saya tidak tahu jenis ubur-ubur itu dekat pulau tersebut," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!