Kereta terbakar, dua wanita lompat keluar selamatkan diri

Dua wanita terselamat selepas berjaya melompat keluar dari kenderaan yang terbakar secara tiba-tiba.
Dua wanita terselamat selepas berjaya melompat keluar dari kenderaan yang terbakar secara tiba-tiba.
A
A
A

SIK - Dua wanita terselamat selepas berjaya melompat keluar setelah kereta dinaiki terbakar secara tiba-tiba di Kampung Lubuk Tualang, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kejadian pada jam lebih kurang 6.45 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu wanita berusia 40-an bersama rakannya terhidu bau hangit dari bahagian enjin.

"Mereka nekad melompat keluar untuk menyelamatkan diri sebelum kereta itu mengeluarkan api dan tiba-tiba terbakar.

“Api marak dengan cepat namun kedua-duanya selamat," katanya.

Zulkhairi berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Syahril Salleh bersama lapan anggota mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api.

Beliau berkata, punca dan kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, kes itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!