Hujan lebat berterusan tahap buruk di Terengganu hingga esok

MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan tersebut membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan.

Sementara itu, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) setakat 6 pagi Selasa, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Johor kekal dengan 19 orang daripada lima keluarga.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, beberapa sungai di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu berada di paras bahaya.

Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu,Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!