Isteri Tun Daim dituduh tidak isytihar harta

Nai’mah (dua dari kiri) tiba di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa.
Nai’mah (dua dari kiri) tiba di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

"Ya (tidak mengaku bersalah), saya minta dibicarakan," kata Na'imah sambil memeluk tubuh selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Na'imah, 67, memakai baju kurung berwarna hijau didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Harta itu membabitkan dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua Mercedes Benz, selain lapan hartanah membabitkan Menara Ilham dan sebuah kediaman di Bukit Tunku, di sini serta enam lagi bangunan dan lot tanah di Taman Tunku dan Bukit Tunku, di sini; Jalan Cantoment Road, Penang serta Jalan Anthinahapan, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

"Pihak pendakwaan berpendapat, tertuduh dalam kes adalah sama dengan orang kena tuduh bagi kes lain, maka adil sekiranya syarat tambahan yang sama dikenakan kepadanya.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kami menyerahkan perkara berkenaan kepada budi bicara mahkamah," katanya yang turut disertai Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isteri dakwa Tun Daim dianiaya

ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tak pernah nafi miliki aset di luar negara' - Isteri Daim

ARTIKEL BERKAITAN:'Aset saya bernilai lebih RM50 bilion jika kekal dalam perniagaan' - Tun Daim

ARTIKEL BERKAITAN:Kertas Pandora tidak dedah kesalahan Daim - Tommy Thomas

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri, anak Tun Daim ke SPRM pagi ini

Sementara itu, peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah jumlah ikat jamin yang dicadangkan pihak pendakwaan kerana ia terlalu tinggi.

Menurutnya, memadai kadar itu ditetapkan sebanyak RM250,000 tanpa syarat tambahan iaitu penyerahan pasport dan melaporkan diri di pejabat SPRM.

"Tiada risiko untuk melarikan diri selain Na’imah tidak pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah malah beliau tinggal (kediamannya) di belakang mahkamah ini sahaja.

"Beliau tidak akan ke mana-mana dan dia hadir di mahkamah untuk melawan kes ini," katanya yang turut disertai peguam, M Puravalen, Md Yunos Shariff dan Alex Tan Chie Sian.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan Na’imah diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin.

"Ia termasuk syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai tanpa perlu melaporkan diri di pejabat SPRM.

"Mahkamah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Selain Daim, 86, isterinya, Nai’mah dan empat anak, Asnida, 63, Md Wira Dani, 46, Muhammed Amir Zainuddin, 29, Muhammed Amin Zainuddin, 26, serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama menerusi Tetuan Tommy Thomas.

ARTIKEL BERKAITAN:Tun Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!