Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera ditutup sementara

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Perkhidmatan kereta api funikular di Bukit Bendera akan ditutup sementara selama sembilan hari bermula 6 Januari ini bagi tujuan penyelenggaraan tahunan berjadual kali pertama.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) dalam satu kenyataan memberitahu, operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu pada 15 Januari.

"Penyelenggaraan berjadual itu akan dijalankan di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular iaitu Garaventa AG dari Switzerland untuk memastikan sistem penggera sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat.

"Pengunjung yang mahu ke pusat pelancongan itu boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh syarikat persendirian dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan itu," kata kenyataan itu.

PHC memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!