PM jamin beri bonus lebih baik kepada JKDM tahun ini

Anwar menyampaikan anugerah penghargaan kepada salah seorang penerima sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia kali-42 di PICC, Putrajaya, pada Selasa.
Anwar menyampaikan anugerah penghargaan kepada salah seorang penerima sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia kali-42 di PICC, Putrajaya, pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pemberian bonus kepada pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, pemberian itu bagi menghargai kejayaan dan sumbangan pasukan berkenaan negara terutamanya dalam kutipan cukai.

"Kita menyaksikan catatan membanggakan termasuk dalam usaha untuk membanteras penyeludupan dadah hingga mencapai rampasan yang sangat besar

"Jadi saya hargai dan menaruh keyakinan sebab itulah saya boleh beri jaminan bonus tahun ini (kepada JKDM) akan lebih baik daripada sebelumnya.

"Ini di umum oleh perdana menteri yang tidak ambil gaji dan menteri-menteri yang dipotong 20 peratus gaji," katanya ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin dalam ucapannya menyasarkan kutipan cukai pada tahun ini sebanyak RM56 bilion.

Katanya, sasaran itu diyakini mampu dicapai bersandarkan kejayaan mengutip cukai sebanyak RM55.1 bilion pada tahun lalu.

"Mengimbas kembali pencapaian cemerlang pada tahun 2023, saya dengan sukacitanya, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga JKDM atas kejayaan besar dalam mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion bagi tahun 2023.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion atau tiga peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!