Peruntukan tambah baik perumahan Kastam dinaikkan kepada RM50 juta - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan keseluruhan RM50 juta bagi menambah baik perumahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tahun ini.

Menurutnya, jumlah peruntukan itu dinaikkan sebanyak RM30 juta berbanding RM20 juta yang diumum sebelum ini.

Jelas, penambahan tersebut bagi memfokuskan usaha menaik taraf perumahan yang daif, sekali gus dapat memberi lebih keselesaan kepada pegawai dan anggota jabatan tersebut.

"Memandangkan prestasi JKDM yang membanggakan, maka peruntukan awal RM20 juta itu kita tambah kepada Kastam sahaja (menjadi) RM50 juta.

"Selain daripada apa yang saya umumkan supaya perumahan kita itu diperbaiki dan tidak uzur serta sebagainya. Ia (fokus) juga kepada usaha untuk membina projek perumahan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia kali-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Selasa.

Menurutnya lagi, pengumuman terbaharu itu dibuat bagi menghargai kerja keras dan pengorbanan yang dilakukan pasukan berkenaan kepada negara.

Anwar dalam masa sama turut menggesa pelaksanaan projek menambah baik perumahan JKDM itu dilaksanakan segera tanpa mengikut prosedur tender biasa.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, jumlah peruntukan juga boleh ditambah sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!