Pengasas Facebook beli-belah di gedung harga murah
CALIFORNIA - Meskipun memiliki kekayaan bernilai lebih AS$77 bilion (RM315.8 bilion), pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg bersama isterinya dilihat berada di sebuah gedung beli-belah berharga murah di California.
Memetik The Sun, satu foto menunjukkan Zuckerberg, 35, bersama Priscilla Chan, 34, dilihat berada di ruang penjualan barangan elektrik iaitu televisyen.
"Saya sangat terkejut melihat mereka di sana.
"Saya ada bertanyakan kepada pekerja, mereka mengakui pasangan itu sering membeli belah di sini," kata pengunjung.
Tambahnya, ketika merakam gambar itu, pasangan itu dipercayai baru tiba kerana troli mereka masih kosong.
"Mereka juga sangat peramah dan menegur orang ramai malah tidak menolak apabila ada peminat mahu merakam gambar bersama," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!