Wanita OKU maut: Banyak kesan kecederaan baharu, lama

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan
A
A
A

SERDANG - Bedah siasat yang dijalankan mendapati banyak kesan kecederaan pada tubuh wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual yang maut setelah dipukul serta diseterika dalam kejadian di Seri Kembangan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, keputusan bedah siasat masih menunggu analisis makmal.

"Didapati banyak kesan kecederaan baharu dan lama selain terdapat banyak komplikasi pada kecederaan mangsa.

"Siasatan masih dijalankan berkaitan kesan kecederaan itu sama ada akibat terjatuh atau didera memandangkan mangsa adalah OKU," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Selasa.

Pada Isnin, mangsa yang berumur 20 tahun itu maut dipercayai akibat diseterika dan dipukul menggunakan kayu oleh sekumpulan individu kerana mencubit seorang kanak-kanak.

Susulan itu, tujuh individu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berumur 25 hingga 79 tahun ditahan bagi siasatan lanjut yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!