Paip di Sungai Perai bocor lagi

Kebocoran paip dasar Sungai Perai kali ketiga berlaku pada Isnin.
Kebocoran paip dasar Sungai Perai kali ketiga berlaku pada Isnin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Saluran paip di dasar Sungai Perai di sini dilaporkan bocor lagi dalam kejadian yang berlaku pada Isnin.

Kebocoran kali ketiga yang berlaku melibatkan bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350mm.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum.

"Langkah ini mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di Daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan.

"Sila ambil perhatian bahawa ini adalah kejadian mendadak dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP," katanya.

Dalam pada itu, PBAPP juga telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya dan akan mengemas kini perkembangan kes berkenaan melalui laman sosial dari masa ke masa.

Sebelum ini sudah dua kali kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai bagi mengatasi masalah saluran paip bawah air yang bocor di sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!