Klang dilanda banjir kilat lagi

Gambar suasana banjir kilat di Bayu Perdana dikongsi pengguna Facebook dengan nama Sumi Ni pada Selasa.
Gambar suasana banjir kilat di Bayu Perdana dikongsi pengguna Facebook dengan nama Sumi Ni pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Hujan lebat berterusan selama lebih kurang tiga jam sejak jam 4.30 petang tadi dilaporkan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam di sini pada Selasa.

Antara kawasan paling terjejas dikongsikan netizen di laman sosial menunjukkan kawasan Bayu Perdana dan Pandamaran di Klang yang dinaiki air sehingga mengakibatkan beberapa kenderaan terkandas.

Kejadian banjir kilat ini didakwa sering berlaku setiap kali hujan lebat dan dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tersumbat sekali gus menyebabkan air bertakung di laluan utama.

Video yang dikongsikan turut menunjukkan air masuk ke beberapa kedai di Bayu Perdana.

Berdasarkan maklumat dan video dikongsi pengguna Tik Tok dengan nama emmetbahrain, hujan berterusan melanda kawasan Bayu Perdana mengakibatkan kawasan berkenaan dilanda banjir kilat.

Gambar banjir kilat di Bayu Perdana dikongsi pengguna Facebook, Sumi Ni pada Selasa.
Gambar banjir kilat di Bayu Perdana dikongsi pengguna Facebook, Sumi Ni pada Selasa.

Dia juga memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain agar berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan kerana paras air boleh menyebabkan kenderaan ringan terkandas.

Sementara itu, seorang pengguna laman Facebook dengan nama Sumi Ni turut berkongsi beberapa gambar keadaan banjir kilat di Bayu Perdana dalam keadaan hujan yang semakin reda.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Sinar Harian turut mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkembangan terkini banjir kilat di daerah Klang daripada balai bomba dan penyelamat sekitar daerah berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!