Rangka manusia sah milik Bella - Polis

Penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah sah milik Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella.
Penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah sah milik Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella.
A
A
A

BATU PAHAT - Misteri identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, pada Jumaat lalu, akhirnya menemui jawapan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diterima lewat petang Selasa.

Menurutnya, melalui laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.

"Sampel patologi telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari dan laporan analisa DNA diterima pihak polis hari ini.

"Pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Menurut Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majestrit Batu Pahat esok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!