Dimansuhkan pada 2022 sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kedua-dua UPSR dan PT3 disifatkan sebilangan ibu bapa sebagai penting bagi mengukur pencapaian anak-anak mereka.Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah beberapa kali menjelaskan peperiksaan tersebut tidak akan dikembalikan, ia tidak menghalang pandangan berbeza di laman-laman sosial daripada terus bercambah.Saksikan petikan-petikan menarik panel jemputan dalam Wacana Sinar Edisi 429 “UPSR, PT3: PERLUKAH ‘U-TURN’?” di semua platform digital Sinar Harian.