Johor ucap takziah kematian Muhammad Ata

Status yang dimuat naik Ras Adiba di Facebooknya yang berkongsi kesedihan selepas pemergian Allahyarham Muhammad Ata.
Status yang dimuat naik Ras Adiba di Facebooknya yang berkongsi kesedihan selepas pemergian Allahyarham Muhammad Ata.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Ata Maarof, 28, yang maut dalam tragedi kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya, Muar pagi tadi.

Allahyarham Muhammad Ata merupakan pemenang pingat gangsa mewakili negeri ini dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak pada tahun 2018.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pemergian Allahyarham Muhammad Ata merupakan satu kehilangan besar kepada sukan Para Sukma di Johor.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta pihak kerajaan negeri mengenai khabar duka ini selain akan melawat keluarga Allahyarham.

Dalam pada itu, personaliti terkenal tanah air, Ras Adiba Radzi turut berkongsi kesedihan di Facebooknya dengan pemergian Allahyarham Muhammad Ata dalam kejadian tersebut.

Muhammad Ata atlet angkat berat kategori OKU maut selepas rumah keluarganya terbakar di Muar pagi tadi.
Muhammad Ata atlet angkat berat kategori OKU maut selepas rumah keluarganya terbakar di Muar pagi tadi.

“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah.

“Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Bahru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Ata maut akibat melecur 80 peratus selepas rumah keluarganya dekat Taman Pagoh Jaya terbakar kira-kira jam 11.59 pagi tadi.

Allahyarham yang bekerja di Kuala Lumpur sudah lima hari berada di rumah keluarganya di Muar dan difahamkan hari ini sepatutnya dia pulang ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tragedi/Lelaki-OKU-maut-rumah-terbakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!