Labur dengan syarikat berdaftar BNM kurang risiko ditipu - Pakar

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaburan yang dibuat dengan syarikat berdaftar di Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan potensi pelabur ditipu dan mengalami kerugian.

Pakar kewangan, Dr Azizul Adli Ahmad berkata, bagaimanapun risiko untuk perkara itu berlaku tetap ada.

Katanya, jika difikirkan mana mungkin syarikat scammer akan mendedahkan diri mereka kepada umum dengan mendaftar di BNM.

“Dia buat benda yang melanggar peraturan jadi kenapa nak dedahkan diri. Walaupun sudah daftar dengan BNM ia bukan jaminan tidak ditipu, tahap kecurigaan tetap ada.

“Sebab itu BNM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan kecurangan. Mereka daftar sebab tidak mahu didakwa di bawah kes pengubahan wang haram (AMLA),” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azizul Adli, kegagalan mendaftar dengan BNM akan menyebabkan duit pelabur boleh disita.

“Sebab itu, bila tahu syarikat yang terlibat itu adalah scammer mereka enggan membuat laporan kepada pihak polis, agak sukar untuk mengetahui sama ada syarikat berkenaan scammer atau tidak selagi tiada bukti dan laporan.

“Namun, apa boleh kita buat ialah mengetahui ciri-ciri yang ada pada skim pelaburan mereka. Perkara ini akan berlaku secara berperingkat, bermula dengan melewatkan bayaran, penangguhan dan akhirnya hilangkan diri bersama duit pelabur,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!