Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Warga asing pandu van hantar barang tanpa lesen

24 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Tindakan sebuah syarikat penghantar barang menggajikan lelaki warga Pakistan sebagai pemandu sejak beberapa bulan terbongkar apabila ditahan dalam operasi berdekatan Plaza Tol Puchong Selatan pada Selasa.

Individu berumur lingkungan 30-an itu didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor itu.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu berkenaan dijalankan secara serentak melibatkan dua lokasi iaitu Plaza Tol Puchong Selatan dan Plaza Tol Damansara.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 8.45 malam itu melibatkan kekuatan seramai 142 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ Selangor, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645921/berita/semasa/warga-asing-pandu-van-hantar-barang-tanpa-lesen