'Segera gazetkan Green Ridge sebagai tapak warisan'

Shaharom (kiri) menunjukkan papan tanda yang baru dibina berkenaan maklumat tapak peninggalan sejarah Pertempuran di Kampar atau lebih dikenali sebagai 'Battle of Kampar' semasa Perang Dunia Kedua di Rabung Hijau, Gunung Bujang Melaka hari ini. -foto: Bernama
Shaharom (kiri) menunjukkan papan tanda yang baru dibina berkenaan maklumat tapak peninggalan sejarah Pertempuran di Kampar atau lebih dikenali sebagai 'Battle of Kampar' semasa Perang Dunia Kedua di Rabung Hijau, Gunung Bujang Melaka hari ini. -foto: Bernama
A
A
A

KAMPAR - Kumpulan penyelidik sejarah tanah air, Malaya Historical Group (MHG) memohon supaya pihak berwajib segera menggazetkan tapak pertempuran Perang Dunia Kedua Battle of Kampar di Green Ridge di sini sebagai tapak warisan dan pelancongan.

Ketua penyelidik MHG, Shaharom Ahmad berkata, beliau khuatir tapak yang memiliki nilai sejarah yang tinggi itu akan musnah sekiranya tidak digazetkan dengan segera.

"Apabila lokasi ini digazetkan sebagai tapak warisan di Perak sudah tentu ia akan dipulihara dan dijaga dengan baik jadi pengunjung yang datang akan lebih selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendirikan papan tanda maklumat mengenai tapak sejarah pertempuran Perang Dunia Kedua di Green Ridge di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shaharom berkata, setiap tahun kira-kira 200 pengunjung termasuk waris tentera British yang terkorban dalam pertempuran tersebut akan datang melawat lokasi berkenaan.

"Kebanyakan waris atau pelajar sekolah yang ingin datang melawat akan menghubungi kami untuk dibawa ke lokasi tersebut kerana tiada laluan sempurna untuk dilalui.

"Sebab itu kami dirikan papan tanda supaya orang ramai termasuk penduduk sekitar tahu di sini ada tapak tinggalan sejarah yang tiada bandingan," katanya.

Tapak pertempuran seluas 6.47 hektar itu merupakan bukti pertempuran hebat di antara 1,500 tentera British yang turut disertai tentera India, Sikh dan Gurkha menentang 4,000 tentera Jepun selama empat hari empat malam pada 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1942.

Artikel Berkaitan:

Pertempuran itu mengakibatkan 150 tentera British serta 500 tentera Jepun maut dan dikebumikan di satu tempat di kawasan sama, dikenali sebagai Green Ridge. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!