Dua buruh ditahan, sorok pistol dalam semak belakang rumah

Muhamad Zaki (tengah) bersama pegawai terlibat menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang akhbar pada Rabu.
Muhamad Zaki (tengah) bersama pegawai terlibat menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang akhbar pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan dua buruh dan menemui dua pucuk pistol yang disorok di dalam semak belakang sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai pada Selasa.

Lelaki yang berusia 41 dan 45 tahun itu berjaya ditangkap pada jam 11 pagi semasa serbuan dilakukan oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, dengan dipandu arah oleh salah seorang suspek pihaknya telah menemui dua pistol berwarna kelabu dan hitam bertulis zoraki 2914-TD.

Muhamad Zaki (tengah) bersama pegawai terlibat menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang akhbar pada Rabu.
Muhamad Zaki (tengah) bersama pegawai terlibat menunjukkan pistol yang dirampas semasa sidang akhbar pada Rabu.

"Turut ditemui ialah kelopak kosong dan empat butir peluru di dalam plastik hitam.

"Suspek yang berasal dari Batu 5, Jedok, Tanah Merah didapati mempunyai tiga rekod jenayah, enam narkotik serta positif dadah jenis mamphetamine," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Tambah beliau, suspek yang berasal dari Kampung Pasir Kelang pula mempunyai dua rekod jenayah serta narkotik (5) dan positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, kedua-dua suspek direman bermula 24 hingga 30 Januari ini untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Zaki memberitahu, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!