'Banglo Seksyen 12' novel seram terlaris Buku Prima ke layar perak

Intan Ladyana (tengah) bersama barisan pelakon, penerbit dan pengarah filem Banglo Seksyen 12 pada malam gala tayangan perdana filem itu di GSC Lalaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Intan Ladyana (tengah) bersama barisan pelakon, penerbit dan pengarah filem Banglo Seksyen 12 pada malam gala tayangan perdana filem itu di GSC Lalaport Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

NOVEL Banglo Seksyen 12 dipilih pelakon, Intan Ladyana untuk diadaptasi ke layar perak sekali gus menjadi filem pertama terbitannya kerana ia antara karya seram paling laris keluaran Buku Prima.

Menggunakan judul yang sama sebagai tajuk filem, Intan Ladyana berkata, naskhah yang bakal menghantui pawagam pada Khamis itu diharapkan turut laris dan mendapat sambutan hangat peminat.

Intan Ladyana. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Intan Ladyana. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

“Saya nak buat sesuatu diinspirasikan daripada novel dan saya pilih novel seram sebab memang daripada dulu lagi saya kerap berlakon cerita aksi atau seram. Jadi jiwa saya memang dengan cerita seram.

“Oleh itu saya cari novel seram daripada Buku Prima, Grup Buku Karangkraf sebab mereka adalah sebahagian daripada pengeluar novel seram yang terbaik.

"Kebanyakan novel seram mereka adalah yang terlaris (di pasaran) dan saya telah pilih novel karya Hasrudi Jawawi ini,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar pada Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 di Golden Screen Cinemas (GSC) Lalaport Bukit Bintang di sini pada malam Selasa.

Menerusi filem itu, Intan Ladyana turut bertindak sebagai pengarah secara bersama dengan Dharma Nasution.

Artikel Berkaitan:

Dia juga menjadi tunjang utama bergandingan berama Mustaqim Bahadon serta dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair dan Faez Malek.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Poster filem Banglo Seksyen 12.
Poster filem Banglo Seksyen 12.

Intan Ladyana yang terkenal dengan filem ‘pecah panggung’ Jangan Pandang Belakang menjelaskan, Filem Banglo Seksyen 12 berkenaan terhasil daripada suntikan Dana Kandungan Digital (DKD) yang disalurkan Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Kata ibu yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi itu, menerusi inisiatif tersebut syarikat produksinya, Prisma Pictures Sdn Bhd menerima dana sebanyak RM500,000 untuk mengeluarkan filem dan peruntukan itu digunakan sepenuhnya dalam penghasilan naskhah terbabit.

“Untuk keluarkan filem ini juga sebenarnya banyak kekangan yang dihadapi kerana penggambaran dibuat semasa pandemik Covid-19 pada 2020 dan akhirnya dapat ditayangkan selepas tiga tahun,” ujarnya.

FAEZ. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
FAEZ. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Sementara itu, Faez berkata, filem pertama lakonannya itu memberi cabaran tersendiri apatah lagi terpaksa menjalani penggambaran di dalam sebuah banglo lama terletak di Shah Alam yang jauh di dalam hutan pada waktu malam.

“Dalam filem ini saya pegang watak sebagai pelajar yang masuk ke dalam banglo bersama rakan-rakannya pada waktu malam.

"Jadi memang ada rasa ‘takut' dan saya kena kawal pemikiran serta berwaspada dengan persekitaran,” kata pelakon berusia 36 tahun berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!